Keupayaan Zum Powershot A400

Selain kanta zum optik, Powershot A400 turut memiliki kemudahan zum digital 3.2x. Ini memberikan keupayaan zum keseluruhan sekitar 7x. Bagi mengambil gambar jarak dekat, terdapat kemudahan makro yang membenarkan pengguna menggambil gambar hanya 5 sentimeter dari subjek. Kamera A400 memiliki penutup kanta bina dalam dengan itu tidak perlu risaukan penutup kanta.

Terdapat beberapa tambahan yang ditawarkan untuk A400. Antaranya adalah AW-DC20 sarung semua cuaca yang membolehkan anda membawa Powershot A400 sehingga 3 meter bawah air. Selain itu penyesuai AC, kit bateri NiMH dan sarung kamera lembut.

Powershot A400 turut adalah serasi PictBridge yang memudahkan pencetakan. Ini bererti ia boleh disambungkan langsung pada pencetak serasi PictBridge dan menghasilkan cetakan gambar tanpa memerlukan komputer.

Memo suara juga boleh ditambah pada setiap gambar.Memo ringkas ini boleh sepanjang 60 saat panjang. Ini membantu mengingatkan subjek gambar yang diambil. Selain itu Powershot A400 memiliki jangka diri yang boleh dipasang untuk lewat samaada dua atau sepuluh saat.

Video ringkas juga boleh dirakam. Panjang maksima setiap video adalah tiga minit bagi resolusi rendah (320 x 240 or 160 x 120). Pada resolusi tinggi (640 x 480) panjang maksima hanyalah selama 30 saat.

Selain ciri di atas, Powershot A400 turut memiliki beberapa ciri lebih maju walaupun ia disasar pada peringkaan permulaan. Ini termasuk tiga jenis meter (Penilaian, Purata berat-tengah, dan Tumpu (“Spot”)), pengimbang dedahan (+/- 2 EV pada 1/3 peningkatan henti), setara ISO yang boleh diset pada 50, 100, 200 dan 400, tambah set pengimbang putih sebagai Auto, Siang hari, Berawan, Tungsten, Fluorescent, Fluorescent H termasuk juga set Khas. Tambahan juga terdapat Kesan Foto Jelas, Neutral, Low Sharpening, Sepia, Hitam dan Putih. Terdapat juga Penggambaran Laju atau penggambaran berterusan sehingga 12 keping gambar pada kadar 1.3 bingkai sesaat.

Powershot A400 juga dibekalkan dengan kabel penyambung untuk menyambungkan Powershot A400 kepada set telivisen dan perisian yang diperlukan turut disertakan bagi menyambungnya kepada komputer. Ia boleh diset untuk terus menyalin gambar ke computer sebaik sahaja disambungkan. Perisian itu disertakan dalam CD-ROMs yang termasuk Canon Digital Camera Solutions, ArcSoft Camera Suite, dan pemancu ("drivers"). Juga disertakan 140 halaman buku panduan kamera dan buku panduan perisian (kedua-duanya dicetak)

Kamera Powershot A400 merupakan kamera digital segi empat piwaian. Ia agak besar dengan saiz 107.0 x 53.4 x 36.8 mm tetapi masih mudah dimasukkan ke dalam poket dan hanya seberat 165g. Ia terdapat dalam empat warna termasuk warna Perak, Hijau Limau, Emas dan Biru Langit.